ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
PENGENALAN
Organisasi adalah sebuah kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tujuan-tujuan tertentu. Kepimpinan pula ialah menurut Kamus Dewan 2003, kepimpinan membawa maksud keupayaan memimpin manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan sebagai pemimpin atau daya seseorang pemimpin. Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah, disamping sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif. Organisasi dan kepimpinan di sekolah melibatkan pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum, guru bimbingan dan kaunselin, guru kelas, guru serta murid.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Lokasi kajian yang dipilih ialah sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah.
LATAR BELAKANG RESPONDEN
Kami telah dapati maklumat-maklumat berkaitan tajuk daripada seorang responden iaitu Cikgu Saidan Binti Mat Munon. Beliau beradal dari Bagan Datok, Perak dan telah menamatkan pengajian pada tahap Diploma pada Disember tahun 1998 di Maktab Mohd Khalid Johor Baharu. Kini, beliau merupakan salah seorang guru sepenuh masa dalam opsyen Guru Bahasa Melayu di SK Selabak 3600 Teluk Intan Perak. Beliau mula mengajar sejak dari tahun 1989 sehingga kini.
OBJEKTIF KAJIAN
1.Mengenalpasti jenis kepimpinan yang disenarai dalam organisasi sesebuah organisasi sekolah
2.Menganalisis jenis kepimpinan dalam organisasi sekolah
3.Menentukan satu ciri kepimpinan yang perlu diaplikasikan dalam organisasi sekolah
ISI ISI PENTING
Jenis Jenis kepimpinan
1: Gaya Demokratik
Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli lain mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin mampu menerima kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang terbuka. dia kan berusaha memperbaiki kelemaham diri agar disenangi orang bawahan.
2. Gaya Autokratik
Gaya kepimpinan ini adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja dan menyelesaikan tugas. Pemimpin jenis ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugasan mengikut arahan yang dia telah berikan. Tiada hubungan atau komunikasi yang mesra terjalin antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan, kebanyakan pendapat orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan pendapatnya sahaja diterima.
3. Gaya Kontegensi
Gaya kepimpinan kontegensi memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of The Situation). Presthus dan Marry Parker menyatakan bahawa teori kontigensi kepimpinanan adalah di mana gaya kepimpinan adalah berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani berbeza dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan. Contoh situasi berbeza ialah dari segi struktur organisasi, kedudukan, tempat dan waktu kelompok kerja.
4. Gaya Laissez-Faire
Laissez-Faire secara amnya difahami sebagai satu mengurus atau mentadbir yang memberikan atau menjamin kebebasan kepada individu. Hal ini memberi ruang untuk individu lebih kritis dan kreatif. dalam pengurusan di sekolah, cara ini boleh diamalkan tetap tidak kepada semua guru dan staf kerana dikhuatiri ada yang akan mengambil kesempatan ke atas kebebasan yang diberikan. Kebebasan yang diberikan bukan bermakna untuk mereka bertindak sewenangnya hingga membawa keburukan kepada organisasi. Cara ini mungkin boleh ditadbir urus olehh pengetua atau guru besar kepada key personal tertentu seperti Guru Penolong Kanan atau Ketua Panitia.
Seterusnya
hubungan antara organisasi dan kepimpinan. Seperti yang kita sudah sedia maklum
apabila menyebut tentang organisasi sudah pasti ada kaitannya dengan
kepimpinan. Hal ini dikatakan demikian kerana, dalam sesebuah organisasi memang
dan sepatutnya memerlukan pemimpin. Hal ini dikatakan demikian kerana pemipin
inilah yang akan menentukan objektif, visi dan misi sesebuah organisasi itu
tercapai. Di samping itu kita juga perlu melihat gaya dan jenis kepimpinan yang
ada pada pemimpin yang memimpin itu juga. Hal ini dikatakan demikian kerana,
gaya kepimpinan yang baik mampu membawa organisasi ke atas landasan yang betul
dan mampu mencapai sesebuah kejayaan.
Gaya
kepimpinan seseorang guru mempengaruhi hubungan guru dengan pelajarnya adalah
dengan melihat apa gaya kepimpinan yang ada pada seorang guru itu. Jika
seseorang guru itu menggunakan jenis kepimpinan demokratik sudah pasti pelajar
selesa dan merasa senang ketika belajar atau berurusan dengan guru tersebut.
Jika guru itu menggunakan gaya kepimpinan laissez Faire, sudah pasti usaha atau
impian dalam melahirkan insan yang beradab akan pupus dan lenyap. Hal ini
dikatakan demikian kerana gaya kepimpinan ini adalah mementingkan kebebasan.
Tetapi pada pendapat saya, seseorang guru itu hendaklah berkebolehan serta
serba boleh dalam mengendali kesemua jenis gaya kepimpinan ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, guru ini bukan mengendali mesin yang sudah diprogramkan
tetapi harus mengendali manusia yang perlu dibentuk ke arah yang lebih baik.
Bak kata pepatah, lain padang lain belalangnya.
Apa yang dibincangkan dalam kelas selepas pembentangan kumpulan pensyarah ada menyebut yang organisasi dan kepimpinan ini kita bukan sahaja boleh melihat dari guru sahaja tetapi kita juga perlu melihat dari murid juga. Seperti yang kita sudah sedia maklum dalam sesebuah sekolah sudah pasti banyak organisasi yang ditubuhkan oleh guru dan murid. Bagi murid, sesebuah organisasi ini mampu memupuk nilai kepimpinan dalam diri mereka. jadi organisasi yang agak berdekatan dengan pelajar ialah Badan Pelajar di sekolah iaitu pengawas sekolah. Murid murid juga perlu mengetahui jenis kepimpinan ini kerana mereka juga bakal jadi pemimpin suatu hari nanti. Jadi guru dan pelajar harus tahu jenis gaya kepimpinan ini.
RUMUSAN
Menurut pentaksiran yang telah dikaji semua, gaya demokrasi amat disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, gaya kepimpinan seperti ini lah yang mampu memajukan sesebuah organisasi yang dalam mencapai visi dan objektif organisasi. Saya yakin dan percaya dengan adanya pemimpin yang bersifat demokratik maka impian sesebuah organisasi dapat dicapai dengan jayanya. Tetapi berdasarkan sekolah pula, seorang guru haruslah serba boleh dalam memimpin agar pimpinannya berjaya dalam membentuk insan yang berguna serta modal insan.
LINK BLOG KUMPULAN BESAR
Home | My Site 2 (wixsite.com)
Comments
Post a Comment